Wednesday, October 27, 2010

RAHSIA MAKANAN SIHAT MENURUT ISLAM

Ini adalah diet Rasullulah SAW kita. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apa kata kita ikut diet ini kawan2. 
1.   Jangan makan SUSU + DAGING
2.   Jangan makan DAGING + IKAN
3.   Jangan makan IKAN + SUSU
4.   Jangan makan AYAM + SUSU
5.   Jangan makan IKAN + TELUR
6.   Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7.   Jangan makan SUSU + CUKA
8.   Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
9.   JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
10.               TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
11.               JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .
o    SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa........... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. 
12.               Jangan makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. 
o    Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.   Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 
13.               Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan seperti mandi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
o    Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
14.               Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
o    Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
15.               Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakkur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa)
o    Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. 
16.               Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
o    Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya. 

Sunday, October 24, 2010

Enam Persoalan Hidup 
 
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
 
Lalu Imam Al  Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat 
dengan diri kita di dunia  ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab 
orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan 
semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita 
adalah "mati".  Sebab itu sudah janji Allah SWT  bahwa setiap yang 
bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
 
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling 
jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang 
menjawab negara  China, bulan, matahari, dan bintang-bintang.  Lalu 
Imam Ghazali menjelaskan  bahawa semua jawapan yang mereka berikan 
adalah benar.  Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". 
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap  kita tidak bisa 
kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan 
hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan 
ajaran Agama.
 
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.  "Apa 
yang paling besar di dunia ini?".   Murid-muridnya ada yang menjawab 
gunung, bumi,  dan
matahari.  Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.  Tapi yang 
paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 
179). Maka kita  harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai 
nafsu membawa kita ke neraka.
 
 
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". 
Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, 
kata Imam  Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" 
(Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua 
tidak mampu ketika  Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah 
(pemimpin) di dunia ini.  Tetapi manusia dengan sombongnya 
menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk 
ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.
 
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia 
ini?". Ada  yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.  
Semua itu benar kata Imam  Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia 
ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita  
tinggalkan  solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
 
Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di  
dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... 
Benar kata Imam Ghazali,  tapi yang paling tajam adalah "lidah 
manusia". Kerana melalui lidah, manusia  dengan mudahnya menyakiti 
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Thursday, October 21, 2010

Salahkah Jika Wanita Meminang & Menawar Diri Kepada Lelaki ?
Oleh ustaz Emran Ahmad

Di dalam Islam kita sebagai muslim haruslah mengutamakan Al-Qur’an dan sunnah sebagai panduan dan bukan akal, bukan persekitaran atau pun adat.
Firman Allah swt :
 
وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ
" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan Uli al-Amri (Orang-orang yang mengurus hal ehwalmu penguasa dari kalangan kamu.." (An-Nisa :59).

Sekalipun dalam kaedah fiqhiyah menyebut “Al-A’dah Muhakamah” iaitu adat itu menjadi penghukum dan diambil kira dalam menentukan keputusan (lihat dalam Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 100) namun sebenarnya pemahaman terhadap kaedah ini sering disalah erti oleh orang awam.

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إَنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ
شَيْئًا إِنَّ اللّهَ عَلَيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan (Yunus : 36).

Dimaksudkan adat sebagai diambil kira dalam hukum dan keputusan ialah apabila tiada dalil dan pertunjuk yang jelas dalam sesuatu perkara dari Al-Qur’an dan sunnah dan tidak wujud riwayat dari para sahabat dan salaf soleh. Selain itu terjadi adat sebagai pertimbangan hanya dalam perkara furu’ yang berbentuk kaedah pelaksanaan bukan dasar atau pegangan.

Misalnya dalam ibadah korban, jika pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan di Malaysia maka adat terpakai dengan melakukan korban mengunakan binatang yang mudah didapati dan biasa dibuat korban misalnya lembu atau kambing bukan unta atau kibasy yang hanya terdapat di Negara arab.

Begitulah juga adat terpakai dalam penakrifan sesuatu perkara menurut sesuatu kaum misalnya orang yang bersumpah nazar tidak mahu memakan daging lalu dia memakan ayam kerana menurut kebiasaan daging merujuk kepada lembu, kerbau dan ayam tidak dikira sebagai daging demikianlah contoh pelaksanaan adat.



                                             اللّهِ وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ
Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Adapun dalam hal ibadah dan perkara dasar Islam seperti nikah dan perkahwinan yang merupakan sunnah dan ketetapan syariat maka hendaklah kita merujuk kepada Al-Qur’an dan sunnah selagi terdapat pertunjuk dan panduan dari keduanya.

Sebagaimana sabda baginda rasulullah :

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).



Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ
يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :

       
وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَا
لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَن يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ
“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).

Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).

Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.

Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut : “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah).
Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.
فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).

Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra :

“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya :

Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah :
“ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj).

Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.


مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ
“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).

Tuesday, October 19, 2010

BAHAYA JIKA BERILMU TETAPI MEMBANGGA DIRI



BAHAYA JIKA ORANG BERILMU BERBANGGA DIRI

IMAM Al-Ghazali pernah berkata, mereka yang bersifat ego tidak segan silu menghina orang lain sama ada di depan khalayak atau belakang serta menolak kebenaran dan nasihat baik yang diajukan kepadanya.

          Ibnu Mas'ud juga pernah berkata yang maksudnya: "Cukuplah seseorang itu dianggap telah berdosa apabila dikatakan kepadanya: bertakwalah kamu kepada Allah, lalu ia menjawab, jagalah dirimu sendiri (jangan jaga tepi kain orang). Sikap demikian melambangkan sikap ego."

          Antara punca seseorang itu bersikap ego dan bongkak ialah ilmu pengetahuan yang banyak dimiliki seseorang. Kalau tidak dikawal hatinya dengan sifat rendah diri (tawaduk), ia boleh bersikap sombong dengan ilmunya.

          Inilah antara bahaya yang amat besar dan ditakuti oleh Rasulullah SAW iaitu bertambah ilmu, bertambah pula egonya. Punca lain yang boleh membawa kepada sifat ego ialah kelebihan daripada segi amal ibadat.

          Seseorang yang sedar ia mempunyai kelebihan di dalam bidang ilmu dan amalannya tidak mudah dapat dikawal hatinya daripada dihinggapi perasaan ego.

          Jika tidak dikawal seseorang itu akan merasa dirinya sempurna daripada orang lain dan sentiasa merasa senang hati apabila ia disebut sebagai seorang yang banyak beramal dan banyak beribadat.

          Di mana saja ia pergi sentiasa diberi perhatian dan keutamaan dan hal ini menyebabkan lama-kelamaan akan bertambah egonya kerana berasa diri mempunyai kelebihan.

          Berasa diri cantik dan mempunyai kelebihan dari segi keturunan serta harta juga boleh membangkitkan ego seseorang.

          Sifat ego adalah sifat yang membinasakan dan tiada seorang makhluk pun akan terlepas daripada sifat berkenaan kecuali mendekatkan diri dengan Allah.

          Manusia harus sedar bahawa kita dijadikan Allah daripada air yang hina dan Allah yang kemudiannya menentukan bentuk yang sepadan dengannya.

          Ini jelas dinyatakan dalam surah Ad-Dhar ayat dua dan tiga yang bermaksud: "Dari setitis mani yang bercampur (kami jadikannya), lalu kami mengujinya, Maka kami jadikannya orang yang dapat mendengar dan dapat melihat. Sesungguhnya kami juga menunjukkan jalan kepadanya. Adakalanya manusia itu menjadi orang yang tahu berterima kasih dan ada kalanya ia menjadi orang yang tidak tahu berterima kasih."

          Kita harus sedar bahawa tiada manusia yang lebih mulia di sisi Allah kecuali ibadatnya tanpa mengira kaya, miskin, berpangkat atau sebagainya.

          Sebenarnya, Islam memandang sikap ego, sombong, bongkak dan besar kepala sebagai sifat akhlak yang buruk dan menjadi batu penghalang untuk ke pintu syurga.

          Penyakit ego adalah punca timbulnya penyakit jiwa lain yang bukan saja boleh mengganggu keseimbangan jiwa dan fikiran seseorang, malah boleh membawa bencana kepada masyarakat jika tidak dikawal dan diubati.

          Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sifat ego walaupun sebesar zarah."

          Allah juga mencela sifat ego seperti dalam firmannya dalam Surah An-Nahl ayat 23 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang bersifat ego."

          Allah berfirman lagi dalam Surah al-Mukmin ayat 60 yang maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang bersifat ego (menyombong diri) daripada menyembah Aku, mereka akan masuk ke dalam neraka jahanam dan menderita kehinaan di dalamnya."

WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Wahai Muslimin dan Muslimat...BERINGATLAH!!


Hari qiamat sudah semakin hampir..... tanda-tanda qiamat sudah banyak
berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai
di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana
kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg
dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6....tidak lebih
daripada itu.


Wahai Muslimin Muslimat !!


Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat
berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak
takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai
Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah
SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di
akhir zaman sebelum hari qiamat.... Cuma kita yang tak mahu membaca
hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim,
tapi HAMPEH...


 Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan
buatlah persiapan untuknya...

JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan
mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka
meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.
Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi)
dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".

(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)


Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,
berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)



Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa
bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)


Rasulullah SAW bersabda:

"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat
menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"

(Hadis riwayat Ahmad)


Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun
kepada mereka, iaitu:

Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
Zakat dijadikan hutang
Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
Anak derhaka terhadap ibunya
Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara
mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Arak sudah diminum secara berleluasa.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat
terdahulu).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA
BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


Wahai Muslimin Muslimat.... APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!!



KEMBALILAH KEPADA ISLAM....JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH!

Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!!



Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak
bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI,
TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah
anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan
hidup sehingga ke akhir hari ini??



Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.



Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka
sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam,
baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka), BERTAUBATLAH!!

TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!



HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!



Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!



Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.



Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH...apa yang
kalian dah buat??



Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM? Mengaku saja diri kalian
sebagai Muslim....memang muka tak malu!!



Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK
MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM?? Sampai bila anda nak
TUNGGU?? DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian
biarkan RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!! Sampai
hati kalian biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah
buat??!!



Bagi para Muslimin...DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID,
SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH....Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM
yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??



Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu....DIDIKLAH ANAK-ANAK
KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN SEKADAR
MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang
SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN
CONTOH pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke
sekolah agama. Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.



TOLONG, TOLONG & TOLONG SEBARKAN...WAJIB.



Tuesday, August 24, 2010

Rapuhnya Nilai Akhlak Manusia Masa Kini

Islam satu-satunya agama (cara hidup) yang diperakui oleh Allah SWT yang diperuntukkan sesuai dengan fitrah semula jadi manusia serta makhluk yang lain.

Islam yang menjadi mercu tanda kegemilangan di zaman Rasulullah s.a.w, kemudian disambung oleh para sahabat nabi, setelah itu diperpanjangkan oleh sistem pemerintahan Islam seperti pemerintahan Bani Umaiyah, 'Abbasiyyah sehinggalah ke era pemerintahan Islam 'Othmaniyyah di Turki.
Matlamat utama penubuhan negara Islam tersebut adalah untuk merealisasikan tuntutan agama menerusi al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Tetapi matlamat tersebut lenyap dengan berakhirnya negara Islam di Turki yang jatuh ke tangan British menerusi pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Atarturk. Di mana beliau menjadi dalang untuk melihat Islam dikikis dari bumi Turki.
Ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia kehilangan kepimpinan Islam dan mereka amat dahagakan kepimpinan tersebut, kerana teori barat ataupun isme ciptaan manusia yang sudah lama bertapak sejak puluhan malah ratusan tahun tidak mampu menjadikan manusia sebagai insan yang bertamaddun dalam segenap tindak-tanduk mereka.
Ini dapat dilihat kerakusan manusia dalam pentas dunia, meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa, seolah-olah menggambarkan pihak yang kuat dan lantang menguasai yang lemah.
Kekuatan teknologi dan senjata nuklear menentukan segala-galanya, pengguguran bom di bumi Hiroshima dan Nagasaki membuktikan tindakan yang kejam.
Pencabulan Israel pada awal 80an di Sabra dan Shatila yang mengorbankan banyak nyawa, serangan Soviet Union (sekarang Russia) dan yang terkini serangan kuasa besar Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan kononnya memerangi pengganas, sehingga ke hari ini Amerika tidak mampu mengemukakan sebarang bukti yang nyata bahawa Osama Bin Laden bertanggung-jawab memusnahkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon yang dikenali dengan peristiwa 11 september.
Peristiwa 11 September itu, seolah-olah dilihat sebagai batu loncatan buat Amerika untuk bertindak atas slogan hak asasi manusia. Akibatnya orang tua, wanita, kanak-kanak serta harta benda awam musnah hasil bedilan bom tercanggih Amerika. Ini juga menggambarkan seolah-olah bumi Afghanistan medan raptai segala ciptaan nuklearnya.
Amerika yang dianggap dunia sebagai sebuah negara maju dalam segenap bidang hidup, antaranya pencapaian teknologi maklumat, ekonomi,hiburan dan lain-lain, namun tidak mampu membendung jenayah di wilayah Amerika yang berlaku setiap detik seperti yang dilaporkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol).
Hollywood yang mengaut keuntungan luar biasa hasil penjualan filem, dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada terhakisnya nilai akhlak di kalangan manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Sumbangannya itu tidak terbatas hanya kepada negara barat sahaja, malah menembusi pasaran Asia termasuklah Malaysia yang tidak terkecuali kerana Malaysia dianggap salah sebuah negara yang berpotensi dalam segala hal.
Kita tidak lupa rosaknya akhlak remaja di negara kita khasnya, adalah hasil hiburan yang mudah diperolehi, bermula di pawagam, pub-pub, internet, video-video lucah dan sebagainya yang memberi saham ke arah keruntuhan moral.
Fenomena ini merisaukan semua pihak, lebih-lebih lagi para ibu-bapa yang telah banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk melihat agar anak mereka menjadi insan yang berguna pada satu hari nanti.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa persekitaran yang ada tidak mampu menjamin suasana yang baik. Kerana persekitaran itu dicipta oleh penguasa, pemerintah atau pemimpin. Sehubungan dengan itu, Islam telah menyatakan sikapnya iaitu "Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka".
Justeru, umat Islam khasnya di segenap pelusuk dunia, mesti bersedia untuk kembali kepada ajaran Islam tulen, iaitu mendalami ilmu Islam seperti Usuluddin dan Syari'ah, sejarah Islam seperti sejarah hidup Rasulullah s.a.w, para nabi, para sahabat, para 'ulamak serta tokoh-tokoh Islam.
Ini kerana semua maklumat tersebut dapat membantu daya tahan dalaman seseorang muslim, malah dapat menghilangkan krisis keyakian umat Islam terhadap agama mereka sendiri.